Sabtu, 3 Oktober 2009

CINDERELLA






Pada zaman dahulu ada seorang gadis yang sangat cantik. Ibunya telah meninggal dunia. Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak. Ibu tirinya itu sangat garang. Begitu juga dengan kedua orang kakak tirinya. Ayahnya pula selalu keluar bandar untuk berdagang.

Setiap hari dia diperintah oleh ibu tiri dan kedua orang kakak tirinya supaya membuat kerja rumah. Cinderella merasa amat sedih mengenangkan nasib yang melanda dirinya. Tiada tempat untuknya mengadu.
Wajahnya yang cantik itu menjadi comot kerana terlalu banyak membuat kerja dan tidak sempat hendak mengemaskan dirinya. Sedangkan kedua orang kakak tirinya itu hanya tahu bersolek, berpakaian cantik dan berjalan-jalan. Kerana pakaian dan wajahnya yang sentiasa comot itu, kedua orang kakaknya menggelar dia Cinderella.

Pada suatu hari putera raja telah membuat pengumuman akan mengadakan majlis tari-menari di istana. Semua gadis di dalam negeri itu dijemput menghadiri majlis tersebut. Kedua orang kakak tiri Cinderella yang hodoh itu mengambil keputusan hendak menyertai majlis itu.

Oleh kerana mereka tiada baju yang cantik, ibu tiri mereka mengarahkan Cinderella menjahit baju baru untuk kedua-dua orang kakak tirinya itu. Kedua-dua helai baju kakaknya itu dijahit oleh Cinderella. Setelah baju itu siap, kedua kakaknya saling bertekak mengatakan dia yang paling cantik.

“Aku akan memakai baju baldu berwarna merah dengan manik-manik yang cantik. Aku juga akan memakai rantai mutiara yang berwarna putih. Tentu aku kelihatan cantik.”

“Baju aku lebih cantik dari baju engkau!” kata kakak kirinya yang kedua. “Bajuku dipenuhi dengan labuci dan manik. Rantai leherku zamrud berwarna hijau. Sudah tentu aku lebih cantik daripada kau dan dapat menawan hati putera raja!”. “Kau tak akan dapat berkahwin dengan putera raja,” kata kakak tirinya itu sambil tertawa kepada Cinderella.

Cinderella merasa sedih mendengar kata-kata kakak tirinya itu. Kedua orang kakak tirinya itu tergesa-gesa pergi sambil terus sambil mentertawakan Cinderella. Setelah kedua orang kakak dan ibu tirinya pergi Cinderella duduk sendirian di dapur. Dia menangis mengenang nasibnya yang malang. Tiba-tiba dia terkejut kerana melihat sebutir cahaya berkelip-kelip tidak jauh darinya. Dari cahaya yang semakin membesar itu keluar seorang pari-pari yang cantik.

“Siapakah kau? Dari manakah kau datang?” tanya Cinderella sambil mengesat air matanya.

"Aku adalah pari-pari pengasuh kau,” jawab pari-pari yang cantik itu. “Sekarang beritahu aku adakah kau ingin pergi ke majlis putera raja di istana?”

“Ya, aku sangat ingin pergi ke majlis tu,” jawab Cinderella. Aku ingin bertemu dengan putera raja.”

“Aku boleh tunaikan permintaan kau itu,” jawab pari-pari itu lagi. Tapi ada syarat-syaratnya. Kau harus buat apa yang aku suruh.”

“Baiklah,” jawab Cinderella bersetuju.

“Mula-mula pergi ke kebun dan ambil buah labu yang palihg besar,” kata pari-pari itu. Cinderella terus berlari masuk ke dalam kebun lalu mengambil labu yang paling besar. Dia segera membawa labu itu masuk ke dalam taman. Pari-pari itu menyentuh labu itu dengan tongkat sakti. Tiba-tiba sesuatu yang ajaib pun berlaku. Labu itu menjadi kereta kuda yang cantik dan besar. Didalamnya terdapat kerusi baldu yang cantik, dihiasi langsir yang bewarna keemasan.

Cinderella memandang kereta kuda itu dengan rasa takjub dan kagum.

“Sekarang, bawakan aku enam ekor tikus,” kata pari-pari itu lagi. Cinderella segera masuk ke dapur. Dia mencari dibawah dapur dan dibelakang pintu. Tidak lama kemudian dia pun membawa enam ekor tikus di depan pari-pari itu. Tikus itu telah ditukarkan oleh pari-pari menjadi enam ekor kuda yang akan menarik kereta kuda itu.

“Kita telah memiliki kereta kuda untuk membawa kau ke istana. Sekarang aku perlukan seekor lagi tikus untuk menjadi pengiring dan pembantu kereta kuda.” Cinderella masuk ke dapur untuk mencari seekor lagi tikus. Setelah dia dapat menangkap tikus itu dengan segera diserahkannya tikus itu kepada pari-pari itu.

Kini kereta kuda itu telah lengkap dengan pemandunya yang berpakaian kemas dan cantik. “Sekarang kau boleh pergi ke majlis itu dan menemui putera raja!” kata pari-pari.

“Tapi bagaimana? Aku tidak boleh masuk ke dalam istana. Pakaianku buruk dan compang-camping. Tentu pengawal istana akan menghalau aku keluar.”

Pari-pari itu menyentuh Cinderella dengan tongkat saktinya. Serta-merta bajunya bertukar menjadi cantik. Rambut dan mukanya juga cantik berseri. “Dan inilah pemberian yang terakhir,” kata pari-pari itu lalu menyerahkan sepasang kasut emas yang cantik yang tidak pernah dibayangkan oleh Cinderella selama ini.

Cinderella merasa sangat gembira. Dia lalu memeluk pari-pari itu. Bila dia melangkah masuk ke dalam kereta kuda, pari-pari itu berpesan kepadanya. “Berjanjilah, kau akan pulang sebelum pukul dua belas tengah malam, anakku. Kerana di saat itu semuanya akan kembali kepada asalnya.”

Cinderella berjanji akan pulang sebelum dua belas tengah malam. Kereta itu dengan pantas berlari menuju ke istana. Apabila dia sampai didepan pintu istana, pengawal dengan hormat menyambut ketibaannya. Dia diiringi ke dewan istana. Di situ majlis tarian telah dimulakan. Semua orang yang berada di dewan itu memandang ke arahnya. Mereka sangat hairan melihat seorang gadis yang sangat cantik. Kedua orang kakak tirinya juga kehairanan.

Putera raja datang kepadanya lalu memimpin tangannya. Putera raja mengajaknya menari. Mereka menari sepanjang malam. Putera raja hanya mahu menari dengan Cinderella. Putera itu sangat tertarik dengan Cinderella. Tiada sesiapa di situ kenal padanya dan mereka semuanya merasa hairan dan kagum.

Raja dan permaisuri yang berada di atas singgahsana merasa kagum melihat kecantikan Cinderella. Cinderella pula hampir lupa pada dirinya dan janjinya pada pari-pari itu.

Cinderella terkejut bila menyedari setengah jam lagi menunjukkan pukul dua belas tengah malam. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada putera raja dan meninggalkan istana. Sebaik sahaja dia sampai di rumah jam telah menunjukkan pukul dua belas tengah malam.

Setelah berehat dari kepenatan Cinderella mendapati kedua kakak tirinya pun pulang. Mereka asyik bercerita mengenai puteri yang sangat cantik yang tidak dikenali itu. “Putera raja telah jatuh hati kepadanya,” kata kakak tirinya yang tua. “Putera raja sanggup berbuat apa sahaja untuk mengetahui namanya dan di mana dia tinggal.”

Cinderella tersenyum mendengar kata-kata kedua orang kakak tirinya yang hodoh itu. “Adakah dia benar-benar kelihatan cantik?” tanya Cinderella. “Betapa beruntungnya kakak dapat melihat puteri itu.”

Cinderella tidak berkecil hati kerana dia akan pergi menemui putera itu pada malam esoknya. Pada keesokan harinya kedua orang kakak tirinya sibuk bersiap-siap hendak pergi ke istana. Pari-pari pengasuh Cinderella sampai sebaik sahaja kedua orang kakak tirinya itu pergi ke istana. Dia menggunakan tongkat saktinya lalu menukarkan pakaian Cinderella lebih cantik dari malam pertama.

Putera raja ternyata telah jatuh cinta pada Cinderella. Dia menunggu dan menyambut kedatangan Cinderella di depan pintu istana.

Cinderella hampir lupa pada dirinya kerana terlalu gembira. Dia tidak pernah merasa bahagia seperti itu sebelum ini. Masa berlalu dengan cepat tidak disedarinya waktu sudah pun dua belas tengah malam. Dia terkejut dan segera berlari pulang.

Cinderella takut pakaian cantik akan bertukar menjadi buruk dan kereta kudanya bertukar menjadi tikus kembali. Dia berlari keluar dan mendapati kereta kudanya telah bertukar. Cinderella berlari pulang dengan termengah-mengah.

Putera itu mengejar Cinderella dari belakang. Ketika menuruni tangga, kasut emas Cinderella telah tercabut. Tapi Cinderella tidak menyedarinya. Putera raja mengambil kasut itu. Bila kakak tirinya pulang ke rumah mereka sibuk bercerita. Putera jelita itu telah tertinggal kasut emasnya di istana dan ditemui oleh putera raja.

Pada awal pagi esoknya raja membuat pengumuman. Gadis yang mempunyai kaki yang sesuai dengan saiz kasut emas itu akan dijadikan isteri puteranya. Dia telah memerintahkan pengawalnya membawa kasut itu ke semua rumah di negeri itu untuk dicuba. Tapi tidak seorangpun yang dapat memakainya. Akhirnya pengawal istana itu tiba di rumah Cinderella.

Kedua-dua orang kakak tiri Cinderella sangat gembira hendak mencuba. Bila dia cuba memakai kasut itu dia menjadi marah. “Kenapa tidak muat?” kata kakak tirinya yang pertama. “Kaki aku kelihatan kecil sahaja!” rungutnya.

“Biar aku cuba,” kata kakak tirinya yang kedua. Bila kakak tirinya yang kedua memakainya, kasut itu jauh lebih besar hingga dia tidak boleh berjalan.

“Aku yakin kasut itu sesuai dengan aku tapi mengapa ia menjadi lebih besar dari kaki aku!”

“Adakah sesiapa lagi di dalam rumah ini yang hendak mencuba kasut ini?” tanya pengawal istana kepada kedua orang kakak tiri Cinderella. “Memang tidak ada sesiapa lagi,” jawab mereka.

Pengawal iatana itu terpandang Cinderella yang berada di situ. Hatinya berkata gadis itu cantik tapi pakaiannya compang-camping. Dia pun memanggil Cinderella untuk mencuba. Sebaik sahaja kasut itu tersarung dikakinya, ianya amat sesuai sekali membuat kedua orang kakak tirinya terkejut besar.

Disaat itu juga pari-pari muncul dihadapan mereka dengan tersenyum. Dia pun menyentuh Cinderella dengan tongkat saktinya lalu menukar pakaian Cinderella.

Kakak tiri Cinderella merasa marah dan cemburu. Pari-pari itu pun membawa dia ke kereta kuda yang sedia menanti.

Kereta kuda itu pun bergerak pergi menuju ke istana. Putera raja sangat gembira apabila akhirnya gadis kesayangannya ditemui. Keesokan harinya mereka pun berkahwin dan hidup aman damai.

Cinderella tidak pernah melupakan kedua orang kakak tirinya lalu mengajak mereka tinggal bersamanya di istana. Tidak berapa lama kemudian kedua orang kakak tirinya pun berkahwin dengan orang kaya. Mereka tidak lagi sombong dan hodoh. Lama-kelamaan mereka juga kelihatan cantik dan berbudi bahasa.

Pengajaran :

1. Buat baik dibalas baik.

2. Jangan mudah putus asa.

3. Keajaiban boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

97 ulasan:

  1. saya sangat suka dengan cerita ini...lain kali buat cerita snow white dan cerita barbie,cinderella lagi yer???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sya pun suka cerita in......
      cerita cinderella amat best.....
      best sangat-sangat.....

      Padam
    2. saya suka saya suka

      Padam
    3. Boleh sya suka tengok cerita awak itu lain kali saya mahu membaca cerita awak

      Padam
    4. Lantak kau la. Ayat jgn buku sgt hanat

      Padam
  2. saye rasa macam nak jadi cinderella lah pula...

    BalasPadam
  3. sayer terase je nak jadi barbie dan juga cinderella kerana mereka catik,bijak,dan aper-aper....

    BalasPadam
  4. kesian sayer tengok cinderella kene buli dengan kakak tiri...

    BalasPadam
  5. hai,selamat hari ahad...

    BalasPadam
  6. buatlah pulak cerita barbie rosella,tapi buatlah bahasa melayu tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sokong!!!

      Padam
    2. Saya setuju dengan pendapat awak

      Padam
  7. bagus.tapi tiada cerita lain ke?

    BalasPadam
  8. certa ni best tp kn biasa sgt nape putera tu tak blawan...last skali kiss romantik sgt

    BalasPadam
  9. tanpa nama berkata...

    cerite ni best sgt

    BalasPadam
  10. best nye cerite ni lg best lg daripada cerita lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau blh aq nk citer utlraman kwn nagn barbie

      Padam
  11. wah! cerita ini elok dijadikan pengajaran buat semua............betul2,cantik xsemestinya pada pakaian tp dari hati yg iklas gak akan menyerlahkan kecantik kan dalaman kita......sooooo,banyak kan lah senyum dan berlaku baik pd org lain..meski pun xdpt balasan dan penghargaan didunia tp di akhirat kelak kita xtau kan???????????????????..........hidup ni cuma sekali so kita enjoy!......smile alway^sssssssssss :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. fitri 17 agustus 2013 14:55 PTG
      wowww...cerita.x mengesankan,andai q yg menjadi Cinderella.x q akan mengejar cinta.q walau orang yg q ska gk setampan pangeran tsb.

      Padam
  12. saya p0n suke jugak nagn crite nih...

    best sgt2 rasa nak lagi larr baca...

    tapi x de mase larr nak bace...

    criter nih panjang....

    lain kali buatlah criter lain kisah sejarah puler yer boleh x...

    BalasPadam
  13. ceritanya agak best,cari banyak-banyak lagi.....

    BalasPadam
  14. CERITA INI SNGT2 BEST

    BalasPadam
  15. hahahahahahah...boring2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak la boring jga tp bosan huhuhu.....

      Padam
  16. bagus sekali ,tapi... kita harus baik sesama saudara


    kita tidak boleh saling cemburu karena itu tidak

    rukun sesama saudara

    BalasPadam
  17. aq cemburu tengok die ngan awek lain....huhuhu..
    tpi die x tau aq suke kt die...huhu

    BalasPadam
  18. cantik la kalau print... hi hi hi

    BalasPadam
  19. nape cite die pndk sgt,
    mane syok klu cite pendek2,
    klu blh buat, buat la novel,
    atau pun buat lagi cite pnjg2, baru lah syok ek..

    BalasPadam
  20. aku sebenarnya suka kat sofi, tapi ape nak buat,
    die dah suke kat nawwar yg gedik tu

    BalasPadam
  21. ade org tu aki tiba tiba hai selamat hari ahad<'~>

    BalasPadam
  22. nice story... i really like it vry much..

    BalasPadam
  23. ceter nie bessssssssstttttttttt cangat....... buat lah citer laen tapi lam bhasa mlayuuuuuuu yeee........

    BalasPadam
  24. saya pn suke laen kali buat ur...
    ceter yg lagi best
    baru syok....

    BalasPadam
  25. saya pun suke... cerita zaman saya budak-budak dulu...eeee.

    BalasPadam
  26. terimakasih ya ceritanya, sangat menarik loh.. hehe..

    BalasPadam
  27. SAYE PON SUKE CITER NIE HE..HE..HE... SAYE BERANGAN SAYE PAKAI BAJU CANTIK HI..PERASAN NYE SAYE...

    BalasPadam
  28. this story is so interesting..

    BalasPadam
  29. Mau dong !!!
    jadi cinderella ....

    BalasPadam
  30. len kali wt la cite yg logik ckit yg nie sume x btoi...
    tau x sume

    BalasPadam
  31. best la cerita ni aqw suka la...best tau lau dpt jdi cinderralla...

    BalasPadam
  32. aku penggen jadi cindrela rsa nya

    BalasPadam
  33. a'ah citer ni mmg best giler2!aq ske sgt2....nice story!

    BalasPadam
  34. sangat baik!I LOVE YOU DISNEY PRINCESSES!!!!!!!!

    BalasPadam
  35. FLORENCE SINDOLITA9 Mac 2012 pada 11:26 PTG

    SANGAT BAIK!SAYA SUKA DENGAN CERITA INI.CONGRATULATION!

    BalasPadam
  36. its such an obssesional story....
    WISH GUD LUCK 2 cindrella

    BalasPadam
  37. alaa..asyik cita tu ja..

    boh la cita 7 ekor duyung dengan raja duyungka
    atau gadis bertudung merah

    BalasPadam
  38. pengajaran dari cerita sangat bagus dan senang difahami.Elok dijadikan kepada perempuan yang masih tidak tahu pengajaran

    sekian terima kasih,
    afileya diana elly

    BalasPadam
  39. so sweet.. all the cerita dongeng ends with happy ending.. cinderella, i hope to be like her, will meets my prince someday....

    BalasPadam
  40. cerita ini sangat best tambah la cerita barbie,rapunzel,snow white,princess,three masketu &maskatter.

    BalasPadam
  41. best la cerita ni i like it.

    BalasPadam
  42. cinderella tale tablets really cool once I wanna be cinderella cinderella tale to my beloved cinderella cinderella because I love that kind
    but why does cinderella told to spit lulu equal to du his evilbrother and his mother the same hi hi evil

    dongeng cinderella asik banget loh aku pingin sekali jadi cinderella dongeng cinderella ke sayangan ku cinderella aku suka sekali karna cinderella baik hati
    tapi kenapa sih cinderella disuruh melu lulu sama ke du kakak nya yang jahat dan sama ibu nya hi hi jahat

    BalasPadam
  43. cinderella kamu ok banget aku suka sekali andai saja aku yang jadi cinderella aku bisa seneng banget deh

    BalasPadam
  44. best gilers.........saya suka saya suka......nanti buat cerita snow white pulak okkk......



    BalasPadam
    Balasan
    1. Saye nk cite ultrama kawin ngan barbie

      Padam
  45. tk der ke cerita raja midas dan sentuhan emas

    BalasPadam
  46. cepatlah keluarkan cerita raja midas dan sentuhan emas

    BalasPadam
  47. bestnyer..... cerita ini....mau gue cubit - cubit aja ..........

    BalasPadam
  48. crrta ni sangat best...mesti cantik cinderella ni kan:)

    BalasPadam
  49. cerita inimenarik!
    dan aquh sangat suka!
    :)

    BalasPadam
  50. very good!
    cerita ini sangat bagus!
    saya suka saya suka!
    :) :D

    BalasPadam
  51. saya memang minat kat cinderella .
    <3 Cinderella <3

    BalasPadam
  52. aq skelh cite ni..tapi klu ubah name putera dye jadi haikal azry dan ubah name cinderella tu zurin lg best!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan ubah name kakak tiri tu zulaikha dan hidayah....dan name mak tiri tu FADIYANA memang GEMPAK!!!

      Padam
  53. aq x ske ko ok

    BalasPadam
  54. Nak Jadi cinderella lah.. Dia cantik.. :)

    BalasPadam
  55. bikin lagi dong cerita snow white, jasmine yahhh...

    di tunggu loh ceritanya..

    makasih...

    BalasPadam
  56. BEST SNGT CITE NIe!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  57. nice.... >.< .... memang terbaik la cerita ni.... ~~~

    BalasPadam
  58. Hhmmmm..........kl gtu q akan mengejar cintaq walau q gk secantik Cinderella.
    q akn melakukan apapun demi dia...........
    MERDEKA..........

    By:fitriyani

    BalasPadam
  59. cerita ini sangat best

    BalasPadam
  60. kesian dekat cinderella kan terpaksa melakukan kerja rumah yang terlalu berat...

    BalasPadam
  61. jadi mau tidur aku membaca nya,
    cocok kli tuk dongeng malam
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedih nye cerita dongeng ni rase nak nangis la

      Padam
  62. padam muka kakak tiri dan ibu tiri cinderella tu benci la org cam tu .................................

    BalasPadam
  63. cerita ini sangat bagus (y)
    ada cerita ariel

    BalasPadam
  64. tak best sbb dia tak ada gaya romantik..tapi best sbb ada banyak pengajaran
    :)

    BalasPadam
  65. hem..so sweet..rasa teringin pulak nak ada kasut emas atau kaca..MESTI BEST.........................

    BalasPadam
  66. boleh bagi pendapat kawan-kawan semua apakah gaya bahasa dalam cerita ini?? saya sedang buat kajian tentang cerita ne cuma kurang arif dalm sastera.terima kasih

    BalasPadam
  67. Hrm..bosn2 ni..bce citer bdq2..hehw

    BalasPadam
  68. cerita ini memang best, tpi bnyk ksalahan jln crita dan jga kslahan ejaan, lgi stu crita ini pnjng btul, prlu d pendekkan sdikit. btw hebat! ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sya copy crita ini ke microsoft word mngandungi 6 m/s n sya hndk brcrita d hdapan kelas dgn tlisan yg bnyk

      Padam
  69. ada teks asal bahasa inggeris tak?

    BalasPadam
  70. Sye sangat suka cerita ni...buatlah cerita lain pulak...

    BalasPadam
  71. Tarikh keluar cerita pun takdakkk

    BalasPadam
  72. #PINOQQ#
    BANYAK BONUS DAN MUDAH MENANG 100%
    Keunggulan PINOQQ :
    - PROSES DEPO & WD MUDAH TANPA RIBET
    - PROSES DEPO & WD TERCEPAT
    - KARTU-KARTU BERKUALITAS DISAJIKAN
    - CS RAMAH & PROFESIOANAL SIAP MEMBANTU 24JAM
    - TIPS & TRIK SELALU DI INFOKAN KE SEMUA MEMBER HANYA DI SINI
    - SEMUA BANK ONLINE 24 JAM ( JIKA TIDAK ADA GANGGUAN )
    Nikmati juga HOT PROMO bersama kami:
    * BONUS TURNOVER 0.3% (DIBAGIKAN SETIAP 5 Hari 1x)
    * BONUS REFERRAL 15% (SEUMUR HIDUP)
    Tunggu apalagi bos ^^ Langsung daftar diri anda DI PINOQQ
    hubungi melalui LiveChat&WA DAN SIAP melayani 24 jam
    - WA : +855 969 787 541
    - LINE : pino_qq
    - TELEGRAM : +855969787541
    - LINK : WWW.PINO22(.)NET
    Salam Sukses & Hoki
    => DAFTARKAN SEKARANG JUGA <=

    BalasPadam
  73. Boring baca tapi best jugak cerita ni.

    BalasPadam